Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport

Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport

Hai, dan apa khabar ? Didoakan korang sihat2 hendaknya 🙂

Ok, baju tempahan daripada Endah Sari Motorsport ni dah lama siap sebenarnya. Baru sekarang berkesempatan nak upload kat blog. Sebelum ni kami dah upload kat facebook kami.

Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Baju ni sepenuhnya hasil design kami. Customer kami Encik Wan memberi panduan apa yang dikehendaki. Dan beliau meminta untuk bajunya dicetak menggunakan dakwat khas iaitu, dakwat emas atau Gold ink.

Alhamdulillah hasilnya memang mengancam. Bersinar2 bila terkena cahaya. Memang istimewa habis bila pakai. Tambah kacak bergaya lah Encik Wan kita dengan team beliau hehe

Dan apa yang lebih menarik, baju yang digunakan adalah dari kain premium. Kain berkualiti terbaik dari Gildan. Kain 100% ring spun cotton dengan ketebalan 180gsm ni memang betul2 selesa bila dipakai. Kainnya lebih ringan dan tahan lasak dari kain biasa.

Baju dari katalog Gildan ini memang mahal sedikit dari kain biasa. Tapi memang puas hatilah orang cakap. Bak kata pepatah Melayu, alah membeli menang memakai.

Copbaju#50a-cetak-baju-bengkel-endah-motorsport-2017

Baju Endah Sari Motorsport ini sepenuhnya dicetak menggunakan warna Gold. Cetak gold di hadapan baju, di belakang baju dan juga cetak nama di lengan.

Copbaju#50c-print-baju-bengkel-silkscreen-cetakan-gold

Copbaju#50d-silkscreen-printing-endah-sari-motorsport-tshirt

Copbaju#50b-print-baju-bengkel-endah-sari-motorsport-2017

Copbaju#50e-endah-sari-motorsport-tshirt-screen-printing-ipoh

Amacam, cantik kan baju cetakan gold ni. Berbaloi dengan kualiti baju dan dakwatnya.

Sekian catatan ringkas kali ini, Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport. Bagi yang sedang mencari idea bagaimana rupanya baju yang dicetak gold atau emas ini, usah tunggu lama2. Tempah sekarang baju korang. Memang terbaik dengan dakwat emas yang istimewa.

Oh ya! Jangan lupa promosi harga diskaun printing baju sempena menyambut Ramadhan Karim 2017 masih berlangsung sehingga 30 Jun nanti.

Nak buat baju jangan segan2 terus hubungi kami untuk tempahan awal. Klik link ini untuk buat tempahan baju korang sekarang : https://copbaju.com/hubungi-kami/

Sampai jumpa lagi.

Cop Baju Printing

4 responses to “Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport”

    • Betul tu tuan. Memang special cetakan gold ni dari cetakan biasa. Selain gold ada lagi cetakan special seperti Silver, Emboss, Glow in The Dark, Discharge, CYMK dan banyak lagi.

Tinggalkan Jejak :

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

CommentLuv badge