Memilih saiz baju yang betul sangat penting sebelum membuat tempahan baju Family Day, Rewang, Korporat, Program Sekolah atau Sukan. Di bawah kami sediakan carta saiz baju dewasa dan kanak-kanak sebagai rujukan sebelum membuat tempahan.
Tip: Ukur baju yang selesa dipakai dan bandingkan dengan carta saiz di bawah. Elakkan mengukur badan secara terus kerana setiap jenama mempunyai potongan yang berbeza.

Saiz Baju Yang Disediakan
Kami menyediakan baju saiz dewasa serta saiz kanak-kanak. Pilihan lengan pendek, lengan panjang dan 3/4 sleeve turut tersedia untuk model tertentu.- 1 Saiz Dewasa XS hingga 5XL
- 2 Saiz Kanak-Kanak 1/2 Tahun hingga 12/14 Tahun
- 3 Pilihan Lengan Pendek & Lengan Panjang
- 4 Sesuai untuk Family Day, Rewang, Korporat & Program Sekolah
Cadangan Saiz Berdasarkan Tinggi & Berat
Jadual di bawah hanyalah sebagai panduan umum. Untuk mendapatkan saiz yang lebih tepat, sila rujuk carta saiz baju yang disediakan di atas.
| Tinggi | Berat | Cadangan Saiz |
|---|---|---|
| 150 – 160 cm | 40 – 50 kg | XS / S |
| 160 – 165 cm | 50 – 60 kg | S / M |
| 165 – 170 cm | 60 – 70 kg | M / L |
| 170 – 175 cm | 70 – 80 kg | L / XL |
| 175 – 180 cm | 80 – 90 kg | XL / 2XL |
| 180 – 185 cm | 90 – 100 kg | 2XL / 3XL |
| 185 cm ke atas | 100 kg ke atas | 3XL – 5XL |
* Cadangan ini adalah anggaran umum sahaja dan mungkin berbeza mengikut bentuk badan individu.
Cara Mengukur Baju Dengan Betul
- A – Chest Width : Ukur lebar dada dari kiri ke kanan di bahagian bawah ketiak.
- B – Body Length : Ukur dari bahagian tertinggi bahu sehingga ke hujung bawah baju.
- C – Sleeve Length : Ukur dari bahu sehingga ke hujung lengan.
Jenama Baju Yang Menggunakan Carta Saiz Ini
Carta saiz ini sesuai digunakan untuk kebanyakan jenama yang kami bekalkan seperti Rians, Freelife, Empiric, Foursquare, Eightsquare dan Alam Fashion.
Bagi jenama lain, sila rujuk katalog produk atau hubungi kami untuk pengesahan ukuran sebelum membuat tempahan.