Salam Aidilfitri 2017
Hai, dan apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.
Lama tak bersiaran ye.. hehe. Alhamdulillah, Syawal bakal menjelang berbaki sehari sahaja lagi. Bagaimana persiapan raya tahun 2017 ni? Banyak ke buat kuih raya? Semoga Aidilfitri anda kali ini merupakan Aidilfitri terbaik buat anda.
Dalam kesempatan ini, kami warga Cop Baju Printing ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Salam Kosong Kosong. Maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami sepanjang berurusan dengan kami.

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI
Sambil2 tu jom lihat juga gambar produksi minggu terakhir Ramadhan kali ini.
Tempahan baju family day / family trip ini bertemakan warna Turquoise dari Foursquare. Tempahan daripada cikgu Sathisvaran untuk SKK6. Jumlah keseluruhan 50 helai, design dan cetakan 1 warna di bahagian hadapan.
Design family trip ini adalah design readymade baju family day kami. Cuma ada sedikit perubahan pada butiran perkataan dan juga gambar sebagaimana dipinta oleh cikgu Sathisvaran.