Bagaimana Saya Berminat Buat Bisnes Cetak Tshirt

Bagaimana Saya Berminat Buat Bisnes Cetak Tshirt

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Masih ingat lagi saya sewaktu masih belajar 17 tahun yang lalu. Aktiviti berpersatuan memang banyak ketika itu. Dan kebanyakkan persatuan2 ini mempunyai baju seragam masing2. Tak kiralah persatuan di kolej kediaman mahupun persatuan peringkat universiti. Masing2 ada seragam tersendiri. Setiap kali ada aktitivi maka adalah juga tshirt khas dibuat. Memang penuh dengan tshirt lah dalam loker.

Masih tidak lupa ketika saya menjadi AJK untuk majlis konvokesyen universiti, team kami perlu mencari sponsor untuk baju yang dipakai oleh krew majlis. Dan ketika itu penajanya yang kami dapat adalah MarryBrown. Ketika majlis konvo berlangsung, terasa istimewa sebab dapat memakai baju khas untuk majlis berprestij seperti itu.

Minat saya terhadap baju tshirt dengan pelbagai design menarik mula berputik ketika mula belajar di matrikulasi lagi. Dan ketika melangkah ke semester pertama di universiti, saya selalu melihat senior2 seringkali runner dari bilik ke bilik pelajar mengambil tempahan baju untuk course masing2. Berbekalkan katalog pelbagai design tshirt yang menarik, order diambil berserta deposit. Dalam tempoh 2 minggu, baju yang ditempah pun siap.

Memang terasa bangga sebab dapat memakai baju tshirt yang memang berkaitan alma mater kita. Serius mabeles! Jadi bila terjumpa rakan2 pelajar diluar kolej, masih kita kenali dengan hanya dari tshirt yang dipakai.

Itu pengalaman manis ketika kita masih seorang pelajar kan. Apa yang saya cuba highlite adalah bagaimana kita boleh menambah pendapatan walaupun masih belajar. Nak harapkan duit loan dan tajaan, memang agak payah nak survive. Jadi wujudlah pelbagai jenis bidang perniagaan yang diceburi oleh pelajar2 demi survival hidup di kolej. Dari makanan, servis sehinggalah kain baju, semua ada.

Masa itu, minat saya dalam melukis agak tebal. Pengaruh terbesar saya datangnya dari majalah2 komik lejen seperti Ujang dan Gila2. Dan pernah suatu ketika ada sebuah kedai di mall universiti berminat untuk menggunakan kartun yang saya lukis bagi diabadikan pada baju mereka. Ketika tu, makan persen jugak lah dari hasil setiap jualan baju tersebut 🙂

Pada waktu itu, saya memang tiada pengetahuan langsung bagaimana setiap baju atau tshirt dicetak dengan gambar2 yang begitu indah dan cantik. Namun minat tersebut terus berkembang dari sehari ke sehari.

Kini minat saya terhadap industri percetakan baju masih kekal utuh. Dan minat tersebut telah menjadi sumber rezeki yang besar ketika ini. Oleh itu bagi adik2 yang masih belajar, jika korang nak buat pendapatan tambahan, boleh cuba menceburi bidang ini. Korang boleh jadi ejen untuk kelas korang, dropshipper dengan kilang malah boleh juga buat clothing jenama sendiri. Best kan!

Tshirt merupakan fesyen yang akan setiasa berevolusi dan terus mendapat tempat di kalangan masyarakat. Tshirt bukan sahaja untuk aktiviti kasual malah sesuai untuk pelbagai majlis rasmi dan tak rasmi.

Lihatlah antara baju2 tshirt yang telah kami siapkan baru2 ini. Dari aktiviti ekstrim sehinggalah baju untuk bersantai bersama group.

Cetak-Baju-Ipoh-Sepat-Crew-by-Cop-Baju-Printing

Cetak-Baju-Ipoh-Merc-AMG-by-Cop-Baju-Printing

Cetak-Baju-Ipoh-Boustead-Naval-by-Cop-Baju-Printing

Cetak-Baju-Ipoh-Jabatan-Kimia-Perak-by-Cop-Baju-Printing

Cetak-Baju-Ipoh-Kuala-Mu-Xtreme-by-Cop-Baju-Printing

Di Copbaju.com korang akan diraikan bersama ratusan pelanggan kami yang sudahpun berpuashati menerima hasil terbaik dari kami semenjak 2014. Pilihan terbaik hanya dihujung jari korang, klik link berikut untuk menghubungi kami : Tempahan Melalui Whatsapp

Cop Baju Printing

2 responses to “Bagaimana Saya Berminat Buat Bisnes Cetak Tshirt”

Tinggalkan Jejak :

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.

CommentLuv badge