Cetak Baju Bengkel Taiping Perak
Nak cetak baju bengkel dengan kami tak 🙂
Apa khabar dan Salam Cop Baju,
Pejam celik pejam celik, dah nak hujung tahun dah. Alhamdulillah kami di Cop Baju Printing menerima tempahan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Tak menang tangan kami dibuatnya. Sampai nak update blog dengan facebook pun asyik tertunda sahaja.
Itupun kami terpaksa pilih yang mana sempat je untuk di update. Kalau nak masukkan semua, tak jalan pulak kerja production nanti hehe
Ini merupakan tempahan kedua daripada bengkel Fendi Motorsport dari Taiping, Perak.
Alhamdulillah, proses cetakan baju berjalan dengan lancar sekali. Dan hasilnya juga memuaskan hati pelanggan.
Kami memang akan berikan 200% komitmen untuk setiap tempahan cetak baju yang diterima.
Ini untuk menjaga hubungan baik jangkamasa panjang antara kami dan para pelanggan. Itu matlamat utama yang kami letakkan pada setiap tempahan baju.
Seperti biasa, kain yang menjadi pilihan untuk cetak baju bengkel ini adalah kain cotton 100%. Untuk baju ini kami menggunakan baju dari jenama Rians.
Boleh rujuk katalog Rians di SINI.
Design yang simple dan catchy. Dengan cetakan 3 blok warna di belakang baju. Manakala satu warna di depan merupakan signature Fendi Motorsport.
Oh ya, kalau anda ada masalah dengan kereta anda dan tinggal di sekitar Perak, bolehlah pergi ke Fendi Motorsport yang terletak di Taiping, Perak. Pelbagai major dan minor servis untuk kenderaan ada di workshop ni tau..
Ok lah jika anda berminat nak tempah baju design sendiri.. bolehlah whatsapp design dengan jumlah baju nak buat ke nombor 018.3322.399
Atau tempah terus melalui Borang Sebutharga di website ni. Klik sini.
Sampai jumpa lagi dan Salam Cop Baju.