Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport

Hai, dan apa khabar ? Didoakan korang sihat2 hendaknya.

Ok, baju tempahan daripada Endah Sari Motorsport ni dah lama siap sebenarnya. Baru sekarang berkesempatan nak upload kat blog. Sebelum ni kami dah upload kat facebook kami.

Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Baju ni sepenuhnya hasil design kami. Customer kami Encik Wan memberi panduan apa yang dikehendaki. Dan beliau meminta untuk bajunya dicetak menggunakan dakwat khas iaitu, dakwat emas atau Gold ink.

Alhamdulillah hasilnya memang mengancam. Bersinar2 bila terkena cahaya. Memang istimewa habis bila pakai. Tambah kacak bergaya lah Encik Wan kita dengan team beliau hehe

(more…)

29 + 10 Pilihan Warna Premium Cotton 185gsm Untuk Cetak Baju

Hai, apa khabar? Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.

Kali ni kami nak update berkenaan kain yang selalu kami gunakan untuk printing dan yang selalu menjadi pilihan ramai serta variasi warna2 baju yang ada.

Terdapat sebanyak 29 + 10 warna baju yang boleh korang pilih. Dari warna cerah sehinggalah warna gelap. Semua cantik2 belaka.

✅ Premium Cotton 185gsm
✅ 39 Pilihan Warna
✅ Minimum Tempahan 10 Helai
✅ Cetakan Silkscreen Berkualiti

Kami nak ceritakan tentang baju dari kain cotton dahulu untuk catatan ini. Baju kain cotton memang telah lama mendapat tempat bagi masyarakat Malaysia. Maklumlah, kain cotton memang amat sesuai dipakai dengan keadaan cuaca negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun.

(more…)

Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?

Hai, apa khabar? Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.

Berita baik untuk bakal2 pengantin raja & puteri sehari. Nak tanya sikit ni? Korang dah tempah belum baju rewang untuk majlis korang tu?

Nak tak saudara mara korang pakai baju yang seragam masa tu dengan design yang memikat semata2 nak raikan majlis korang? Dan memori ni akan kekal abadi sehinggalah korang beranak pinak. Rugilah kalau korang cakap taknak kan.. hehe

Hmm majlis kenduri dah dekat ni, tapi tak ada idea lah nak buat baju macam mana..

Okay2.. korang jangan risau. Sebab kami kat Cop Baju Printing ni sedia nak tolong korang. Kami boleh siapkan baju majlis kahwin korang tu dalam tempoh masa yang singkat. Malah korang boleh pilih design baju rewang readymade yang telah kami sediakan.

(more…)