Bagaimana Saya Berminat Buat Bisnes Cetak Tshirt
Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI
Masih ingat lagi saya sewaktu masih belajar 17 tahun yang lalu. Aktiviti berpersatuan memang banyak ketika itu. Dan kebanyakkan persatuan2 ini mempunyai baju seragam masing2. Tak kiralah persatuan di kolej kediaman mahupun persatuan peringkat universiti. Masing2 ada seragam tersendiri. Setiap kali ada aktitivi maka adalah juga tshirt khas dibuat. Memang penuh dengan tshirt lah dalam loker.
Masih tidak lupa ketika saya menjadi AJK untuk majlis konvokesyen universiti, team kami perlu mencari sponsor untuk baju yang dipakai oleh krew majlis. Dan ketika itu penajanya yang kami dapat adalah MarryBrown. Ketika majlis konvo berlangsung, terasa istimewa sebab dapat memakai baju khas untuk majlis berprestij seperti itu.