Salam cetak baju & Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Kali ini Admin nak kongsi job yang telah disiapkan dan sempat di snap.
Tempahan pertama ni datang nya dari Sarawak. Ha jauh kan, sebab kami kat Ipoh je.. Walau macam mana pun, tiada masalah kerana zaman sekarang ni ada pelbagai cara untuk kita berhubung dengan pantas dan mudah.
Dengan kemudahan aplikasi percuma seperti whatsapp, telegram, instagram dan fb, semua tempahan baju dapat diuruskan dari hujung jari sahaja.
Ok lah, berbalik kepada tempahan dari Sarawak ni, baju ni simple je design dia. Print satu warna size A3 kat depan baju. Ni baju team kalau tak salah Admin. So walaupun simple, namun tetap istimewa.
Sebabnya, design baju ni diorang je yang pakai.. ha kan special tu 🙂 Dan baju ni diorang yang design sendiri tau.. pihak Admin cuma adjust sikit-sikit je dan print.
Cetak Baju Online di CopBaju.com
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat datang diucapkan kepada semua. Ini merupakan nukilan pertama di blog Cop Baju ini. Alhamdulillah, web ini dapat dilancarkan dengan jayanya.
Kami berhasrat menjadi sebuah kedai cetak baju online yang tersohor & menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia suatu masa nanti hehe
Dalam proses menyiapkan web ini, memang ambil masa sikit sebab Admin perlu setup sendiri, jadi banyak trial & error berlaku, namun segalanya berjaya dihadapi.. sukses hehe
Ini merupakan pelaburan aset maya jangka panjang kami. Dengan adanya web Cop Baju ni, dapatlah kami menyampaikan informasi mengenai servis kami terus kepada korang semua.