Tuan, Berapakah Harga Cetak Baju?
Soalannya ringkas. Tetapi amat payah untuk kami menjawabnya. Soalan ini bagi kami amat tergantung disebabkan terlalu subjektif.
Pengiraan harga bagi sehelai baju amat berkait rapat kepada faktor-faktor berikut secara ringkasnya:
- Design Baju
- Jenis Baju
- Jumlah / Kuantiti Baju
Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI
Design Baju ada pelbagai. Dan sudah semestinya setiap orang tak akan sama designnya untuk baju masing-masing.
Oleh yang demikian, kita boleh pecahkan design tersebut kepada 2 perkara utama. Yang pertama dari segi size design terbahagi kepada size A4, A3 dan ada juga besarnya sehingga A2.
Yang keduanya dari segi jumlah warna dan kaedah yang sesuai untuk digunapakai semasa mencetak. Jika design tersebut mengandungi hanya satu warna sehingga lima warna, masih lagi efisien dan ekonomi menggunakan kaedah biasa silkscreen.
Sekiranya design tersebut terlalu banyak penggunaan warna (contoh ingin mencetak sebuah gambar photo berwarna penuh) kaedah nya sedikit berbeza. Jika menggunakan silkscreen mungkin lebih mudah dibuat menggunakan teknik CYMK (maksudnya menggunakan 5 blok warna iaitu Cyan, Yellow, Magenta dan Hitam serta blok tambahan warna Putih) atau lebih mudah menggunakan sticker yang dicetak secara digital, seterusnya ditampal ke atas baju menggunakan mesin khas yang dipanggil heatpress. Ada lagi satu teknik cetakan digital yang dipanggil DTG (cetakan terus pada baju menggunakan mesin khas) dan juga sublimation (cetakan warna penuh pada kain jersi).
Apa yang dibicarakan diatas, setiap kaedah cetakan serta size design akan memberikan impak harga yang sangat berbeza. Misalnya cetakan design biasa satu warna guna kaedah silkscreen lebih murah jika dibandingkan menggunakan kaedah digital. Dan boleh jadi sebaliknya jika cetakan gambar berwarna penuh, harga akan jadi lebih murah bila menggunakan kaedah digital berbanding menggunakan kaedah silkscreen.
Teknik CYMK bagi kaedah silksceen juga akan berbeza harga berbanding teknik spot colour yang biasa. Size design juga akan memberikan perbezaan harga yang ketara. Cetakan besaiz A4 lebih murah berbanding size A3. Manakala penggunaan sticker bagi kaedah cetakan digital juga berlainan harga bergantung kepada size sticker (dikira berdasarkan inci persegi), material sticker (ada material dengan kualiti sederhana dan ada material yang berkualiti tinggi) dan kuantiti sticker yang akan dibuat.
Malah dalam kaedah silkscreen pun, penggunakan ink yang berlainan grade dan fungsi turut menjadi faktor dalam menetapkan harga baju. Ada pelbagai ink antaranya rubber dan plastisol dengan pelbagai fungsi seperti discharge, glow in the dark, emboss, gold, silver dan lain-lain.
Jenis Baju perlu juga diingat akan memberikan harga yang berbeza-beza. Pengunaan kain cotton tidak akan sama harga dengan kain jersy (microfibre) atau kain polo (lacoste). Malah material kain cotton itu sendiri ada pelbagai grade dan kualiti ketebalan antaranya 160 – 170 gsm (kualiti yang biasanya mendapat sambutan sebab ekonomi dari segi harga, namun tetap selesa dipakai), 180 – 190 gsm (kualiti kain lebih tebal dan premium dari segi harga). 200 – 220 gsm (kualiti paling terbaik tetapi amat tidak ekonomi dari segi harga, dalam kata lain agak mahal). Jadi pemilihan kain seperti sedia maklum akan turut menyumbangkan penetapan harga baju itu sama ada mahal atau murah.
Perkara terakhir yang perlu dilihat sebelum harga baju diberikan adalah Jumlah Baju atau kuantiti baju yang ingin dicetak. Penggunaan terma “lebih banyak, lebih murah” digunapakai hampir kebanyakan kilang-kilang cetak baju di negara kita ini. Ini bermaksud lebih banyak baju yang dibuat, harga yang akan diperoleh akan lebih rendah iaitu harga kilang. Ini penting bila anda berurusan, perlu dipastikan tempat yang anda pilih tersebut merupakan tempat yang membuat produksi sendiri dan bukan melalui orang tengah sahaja. Jadi anda harus bijak dalam soal ini.
Namun penggunaan terma “lebih banyak, lebih murah” bukanlah bermaksud anda sebagai pelanggan boleh meletakkan bajet harga yang langsung tidak masuk dek akal.
Menghadapi zaman GST pada masa sekarang setiap kos begitu perit untuk dilunaskan. Oleh yang demikian, rundingan amat dialu-alukan dalam mencapai muafakat dan situasi Menang-Menang bagi kedua pihak. Apa yang kami boleh janjikan, walaupun harga kami tak murah sangat-sangat namun harga kami masih lagi antara yang terendah dan ekonomi. Alhamdulillah, kami sentiasa mendapatkan respon yang positif daripada pelanggan kami.
Baiklah, harapan kami semoga anda telah mendapat sedikit gambaran bagaimana harga baju ditetapkan. Sebelum entri ini ditamatkan, mari kami kongsikan beberapa hasil cetakan baju tempahan pelanggan-pelanggan kami sebelum ini.
CETAK BAJU YASSER BINTANG RTM : Tempahan baju ini datangnya daripada Kelab Peminat Yasser Bintang RTM dari Kuala Lumpur. Saudara Muhammad Yasser Sharifudin, 21 merupakan antara 16 peserta Bintang RTM yang layak menyertai konsert mingguan.
Cetakan pada baju ini menggunakan kaedah silkscreen teknik halftone 2 warna dan satu warna untuk menggambarkan wajah Yasser pada baju. Amboi-amboi, comel betul adik tu pakai kan 🙂
Kami mengucapkan selamat berjaya buat saudara Yasser. Bintang RTM 2018 akan disiarkan pada setiap hari Sabtu di TV2 pada jam 8.30 malam hingga 10.30 malam bermula 3 Februari 2018.
CETAK BAJU HOTWHEEL MENTOKA 3 INCI : Tempahan seterusnya merupakan design karya Pensoul untuk Kelab Hotwheel HWCSI, Seri Iskandar Perak. Masih lagi menggunakan kaedah cetakan silkscreen teknik halftone. Kali ini halftone 3 dan 4 warna bagi menggambarkan design berbentuk kereta yang realistik.
Bagi yang belum tahu, halftone merupakan teknik pisahan warna dalam bentuk susunan dot-dot sehingga membentuk gambar yang dikehendaki. Teknik ini merupakan teknik yang special dalam cetakan silkscreen kerana boleh menggabungan warna yang banyak sehingga menyerupai gambar photo yang asal.
CETAK BAJU LORRACH GERMANY : Ini pula merupakan tempahan istimewa bagi menggabadikan mercutanda Lörrach sebuah pekan di German bersempadan dengan Perancis dan Swiss. Baju ini juga menggunakan teknik halftone 2 warna, dicetak di atas baju berwarna kelabu kain premium 190 gsm jenama Rians.
CETAK BAJU HAIDRILL ELECTRICIAN : Ini merupakan tempahan daripada company HaiDrill Electrician yang terletak di Kuala Kangsar, Perak. Cetakan silkscreen spot satu warna di atas kain baju polo berkolar warna kuning. Satu kombinasi warna yang amat menyerlah. Baju polo memang seringkali menjadi pilihan untuk dijadikan uniform company kerana tampak elegan, kemas dan berprotokol.
CETAK BAJU HELMY AGROWTHPRENEUR : Tempahan seterusnya datang daripada Helmy Agrowthpreneur, Gerik Perak. Ini merupahan tempahan kali ke 2 bagi design yang sama. Cuma pada kali ini Encik Helmy memilih untuk membuat pada baju cotton 160 gsm lengan panjang dan juga pada baju polo berkolar.
CETAK BAJU XPLORASI UITM SARAWAK : Ini pula tempahan daripada pelajar senibina UiTM Sarawak yang membuat baju untuk Xplorasi Senibina Nusantara ke Jawa Tengah, Indonesia. Cetakan silkscreen 2 warna dibahagian hadapan baju, 1 warna di belakang dan 1 warna cetakan logo di lengan. Baju yang digunakan adalah kain cotton dengan ketebalan 190 gsm dari jenama Rians.
CETAK BAJU BRIDE SQUAD : Tempahan baju Bride Squad ini nampak simple, tetapi ambil masa juga untuk menyiapkannya. Memandangkan nama pada baju tersebut perlu dicetak satu persatu. Seperti biasa kain cotton tetap menjadi pilihan cik Ira dari Kuala Kangsar.
Baiklah, nampaknya ini sahaja dapat dikongsikan buat masa ini. Terima kasih buat anda yang terus menyokong dan memilih kami untuk menghasilkan baju idaman anda. Terima kasih.. terima kasih.. terima kasih 🙂
Sampai kita berjumpa lagi dan salam bahagia bersama keluarga tersayang.
Nak tempah baju dengan kami secara online? Boleh isi borang disini : Borang Sebut Harga Cetak Baju
Nak tahu harga asas cetak baju, jom lihat kat sini : Senarai Harga Cetak Baju
Nak hubungi kami secara pantas? Klik sahaja pautan ini : Tempahan Melalui Whatsapp
Sekian.