5 Langkah Tukar Imej Jadi Kesan Pensel

5 Langkah Tukar Imej Jadi Kesan Pensel

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan PenselAssalam semua & Salam Cetak Baju,

Kali ni Admin nak kongsi tutorial mudah bagaimana menukar imej realistik menjadi imej dengan kesan pensel.

Peralatan yang diperlukan adalah perisian Photoshop dan juga kreativiti korang 🙂

LANGKAH 1

Mula-mula sekali, buka imej atau gambar yang ingin digunakan.

LANGKAH 2

  1. Tekan kekunci Ctrl+J untuk duplicate gambar tersebut menjadi Layer 1
  2. Tekan kombinasi Shift+U untuk menjadikan imej grayscale

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel-Step 2

LANGKAH 3

  1. Tekan kekunci Ctrl+L untuk buka Levels
  2. Ubah tahap kegelapan imej mengikut kesesuaian. Tarik slider di tengah ke kanan sedikit demi sedikit
  3. Pastikan imej korang tak terlalu gelap untuk elakkan details pada gambar tu hilang

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel-Step 3

LANGKAH 4

  1. Tekan menu Filter –> Other dan pilih High Pass
  2. Ubah radius pixel mengikut kesesuaian yang diingini

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel-Step 4

LANGKAH 5

  1. Tekan menu Image –> Adjustments dan pilih Threshold
  2. Tarik slider ke kiri atau kanan. Perhatikan agar details pada imej korang cun baru tekan OK

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel-Step 5

LANGKAH 6

Akhirnya, tadaa! Dah siap. Hasil gambar kesan pensel ni boleh lah korang jadikan design untuk di cetak pada baju tau.. gempak kan!

Tak kisah lah, selain gambar figura.. korang juga boleh ubah gambar motor ke, kereta ke, rumah ke, bangunan sekolah ke untuk jadikan kesan pensel ni, kemudian print kat baju. Fuhh.. memang awesome bak hang.

Apa yang penting adalah kreativiti korang.

Oklah kalau korang nak tempah cetak baju untuk family day ke atau baju rewang dan lain-lain, boleh isi Borang Sebut Harga kat atas tu ya 🙂

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel

Sampai jumpa lagi.. ingat tau, kalau nak tempah cetak baju terus isi Borang Sebut Harga kat atas nun.

Cop Baju Printing

Tinggalkan Jejak :

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge