Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile

Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile?

Salam dunia maya, alhamdulillah bertemu lagi kita 🙂

Catatan kali ni kita tinggalkan sekejap cerita tentang printing baju ke, tempah baju ke, dan apa2 yang berkaitan dengan cetak baju.

Sesekali kita ubah topik lain boleh kan 🙂

Eh, betul ke website Cop Baju Printing mesra pengguna mobile? Bukan kami saja2 nak cakap tau. Tapi ini berdasarkan uji cuba dan penambahbaikan yang telah kami jalankan dalam tempoh seminggu dua ini.

Benchmark kami adalah berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Google melalui tool PageSpeed Insights dan ThinkwithGoogle. Kedua2 tool ini adalah tool percuma daripada Google.

Menurut laman web ThinkwithGoogle,

Apabila mana-mana website direka, pemilik website pasti mahu penggunanya berasa positif, ingin tahu, teruja, dan berminat. Tetapi apa yang berlaku terlalu kerap pengguna berakhir dengan perasaan kecewa, marah, atau tidak sabar apabila mereka melayari website tersebut  menggunakan peranti mudah alih. Mengapa? Kerana ia mengambil masa terlalu lama untuk reka bentuk yang cantik tersebut loading. Dan jika seseorang pengguna tidak sanggup menunggu lebih lama, jadi komponen reka bentuk adalah tidak bermakna sama sekali.

Kalau kita perhatikan dari kenyataan tersebut, betapa pentingnya website atau blog yang kita miliki mesra pengguna mobile. Ini kerana lebih 80% pengguna pada masa kini lebih suka melayari internet hanya dari telefon pintar, lebih daripada penggunaan desktop.

Bayangkanlah jika website kita terlalu perlahan dari segi loading, berat dengan paparan iklan dan gambar atau video. Tema pula bukan jenis responsive dan serabut. Kebarangkalian pengunjung website kita untuk beredar terus adalah tinggi sekali.

Salah satu sebab kenapa kita perlu ambil berat tentang website yang ringan, laju serta mesra pengguna kerana ia turut menyumbang kepada kedudukan SERP website kita di laman carian Google.

Kini pihak Google juga menitik beratkan keselamatan sesebuah website yang menggunakan sambungan https untuk berada di halaman pertama Google walaupun masih tidak mewajibkan ke atas semua pemilik website berbuat demikian.

Memetik kata2 ThinkwithGoogle,

“People are 5 times more likely to leave a mobile site that isn’t mobile-friendly.”

“Nearly half of all visitors will leave a mobile site if the pages don’t load within 3 seconds.”

Hasil dari pemerhatian, pengubahsuaian, dan optimasi beberapa elemen website Cop Baju Printing ini maka dapatlah hasil yang tak mengecewakan. Walaupun tak dapat skor 100% namun kami berpuashati dengan pencapaian yang telah kami dapat tersebut. Kini pengguna telefon pintar boleh melayari web mesra mobile copbaju.com dengan lebih mudah dan cepat.

Hasil yang kami peroleh ke atas domain utama copbaju.com, Alhamdulillah memberangsangkan :

Google web test speed cop baju printing

Kami juga menguji cuba satu lagi domain baru firshaz.my. Namun domain ini kami hanya mapping ke website Cop Baju sahaja, sebab belum siap lagi website utamanya. Dan hasil yang diperoleh agak mengujakan dari segi kepantasan. Cuma skor untuk mesra pengguna mobile agak sederhana. Mungkin disebabkan faktor mapping itu tadi.

Google web test speed firshaz.my

Google web test speed firshaz.my mobile friendliness

Google web test speed firshaz.my mobile speed

Google web test speed firshaz.my desktop speed

Sekian dulu catatan berkenaan Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile. Jika korang ingin menguji cuba website atau blog sendiri bolehlah ke pautan berikut :

Semoga perkongsian ringkas ini dapat memberikan manfaat.

Oh ya, jangan lupa dengan promosi cetak baju family day / baju rewang RM10. Masih lagi berlangsung sehingga 30 Jun nanti. Korang juga boleh semak senarai harga cetak baju kami di sini : Senarai Harga Cetak Baju

Klik link ini untuk buat tempahan baju korang sekarang : https://copbaju.com/hubungi-kami/

Sehingga bertemu lagi.

Cop Baju Printing

5 responses to “Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile”

Tinggalkan Jejak :

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge