Cetak Baju Pameran Pengantin Kedah 2017

Cetak Baju Pameran Pengantin Kedah 2017

Nak cetak baju design sendiri dengan kami tak? Kalau ada jangan segan untuk hubungi kami tau..

Apa khabar dan Salam Cop Baju semua 🙂

Ok, berbaki cuma 3 hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2017. Selamat menyambut Tahun Baru 2017.

Awal tahun 2017 ini akan berlangsung satu pameran pengantin terbesar di Kedah yang akan di adakan di Star Parade, Alor Setar.

Pameran yang diberi nama Pameran Pengantin D’Aman ini hanya diadakan sebanyak 3 kali setahun sahaja.

Event ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 – 8 Januari 2017. Pelbagai aturcara menarik disediakan oleh penganjur.

Antaranya pertandingan andaman, pertandingan melukis inai dan ratu kebaya.

Oh ya, terdapat kurang lebih 40 vendor tau! Banyak kan? Rugi sangat kalau bakal-bakal pengantin melepaskan peluang terbaik ini.

Produk-produk hot yang anda boleh dapatkan pada hari pameran pengantin tersebut seperti butik pengantin, kad kahwin, katering, fotografi, videografi dan banyak lagi.

Orang kata, macam-macam ada lah. Cuma luangkan masa anda nanti. Save the date ya.. jangan lupa ok 🙂

Alhamdulillah, Cop Baju Printing telah diberikan peluang menyiapkan baju untuk event Pameran Pengantin D’Aman 2017 ini.

Design asal adalah logo rasmi pihak penganjur. Pihak kami cuma convert logo tersebut untuk dijadikan design yang sesuai bagi dicetak pada baju.

Copbaju#43a-print-baju-event-pengantin-d-aman-2017
Copbaju#43c-print-baju-event-pengantin-d-aman-star-parade
Copbaju#43b-print-baju-event-pengantin-d-aman-alor-setar
Copbaju#43e-cetak-baju-event-pengantin-kedah-darulaman
Copbaju#43d-cetak-baju-pameran-pengantin-kedah-darulaman

Seperti biasa, kain yang menjadi pilihan untuk cetak baju Pameran Pengantin Kedah ini adalah kain cotton 100%.

Untuk baju ini kami menggunakan baju dari jenama Freelife.

Boleh rujuk katalog Freelife di SINI.

Design yang sangat cantik dengan cetakan satu warna kuning di depan dan belakang baju.

Siap je proses printing dan packaging, pihak kami terus mengirim ke Alor Setar menggunakan kurier SkyNet.

Ok lah jika anda berminat nak tempah baju design sendiri.. bolehlah whatsapp design anda dengan jumlah baju nak buat ke nombor 018.3322.399

Atau lebih mudah tempah terus melalui Borang Sebutharga di website ni. Klik sini.

Adakah anda sedang mencari design readymade baju rewang untuk majlis kahwin anda? Jom baca catatan terbaru kami :

Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?

Sampai jumpa lagi  dan Salam Cop Baju.

Cop Baju Printing

Tinggalkan Jejak :

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge