Cetak Baju Online di CopBaju.com
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat datang diucapkan kepada semua. Ini merupakan nukilan pertama di blog Cop Baju ini. Alhamdulillah, web ini dapat dilancarkan dengan jayanya.
Kami berhasrat menjadi sebuah kedai cetak baju online yang tersohor & menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia suatu masa nanti hehe 😉
Dalam proses menyiapkan web ini, memang ambil masa sikit sebab Admin perlu setup sendiri, jadi banyak trial & error berlaku, namun segalanya berjaya dihadapi.. sukses hehe 🙂
Ini merupakan pelaburan aset maya jangka panjang kami. Dengan adanya web Cop Baju ni, dapatlah kami menyampaikan informasi mengenai servis kami terus kepada korang semua.
Jika korang ingin buat website macam kami & sedang mencari hosting percuma untuk website korang, bolehlah dapatkan kat sini –> Web Hosting 100% Percuma . Sememangnya ini hosting premium tanpa sebarang iklan, malah percuma seumur hidup. Korang boleh try dulu yang free, dah puas hati bolehlah upgrade ke akaun full premium bila-bila masa je.
Oh ya, untuk post yang pertama ni, Admin cuma nak kongsikan projek cetak baju terbaru yang berjaya disiapkan. Kalau nak tengok projek-projek Cop Baju sebelum ni, boleh lah melawat page fb kami ya : copbajuprinting. Jangan lupa kasi LIKE satu kali 🙂
Baiklah, baju ni tempahan untuk Reunion kelas tahun 1998 – Sultan Yussuf School, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Pilihan baju terdiri dari 3 warna iaitu hijau, maroon dan kelabu gelap. Kain yang digunakan memang lembut, jenis cotton dari jenama 4square.
Proses printing tak mengambil masa yang lama, cuma yang menjadikan tempahan lambat siap adalah sukar nak dapatkan stok baju yang lengkap.
Dalam kes ini, baju reunion SYS ni pun ada sesetengah size baju yang kehabisan stok, namun pihak kami sedaya upaya dapatkan juga demi melaksanakan amanah yang telah diberikan kepada kami.
Dari segi design, baju ini menggunakan 2 warna cetakan iaitu Putih dan Kuning. Cetakan silkscreen 2 warna bersaiz A3 di hadapan baju, dan 2 warna bersaiz A5 di belakang baju. Gabungan yang cukup sepadan dengan baju.
Lihatlah hasilnya, memang cantik kan.
Ok, kalau korang nak buat baju boleh lah dapatkan harga dengan mengisi borang sebut harga cetak baju. Klik link Borang Sebut Harga kat atas tu ya. Kami akan cuba berikan harga terbaik dan berpatutan.
Setakat ini saja untuk kali ini, jumpa lagi semua, tata.. 🙂
p/s – Kami juga menyediakan servis rekabentuk pakej minisite, dan website e-commerce dengan harga berpatutan. Sila hubungi kami untuk maklumat lanjut.