Cetak Baju Takraw Darwisy MeRTaC Circuit 1 2017

Cetak Baju Takraw Darwisy MeRTaC Circuit 1 2017

Hai, apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.

Selepas hari raya Aidilfitri tempoh hari, ini baru ada kesempatan untuk update entri kat blog Cop Baju 🙂

Kekangan masa menjadi faktor kenapa jarang bersiaran. Al maklumlah, belum mencapai piawaian untuk menjadi blogger sepenuh masa. Kerana komputer dan telefon bukanlah gadget yang dapat dipegang selalu. Jadi perlu ambil mood yang panjang untuk mula menaip.

Baiklah, untuk catatan kali ini cuma nak berkongsi salah satu tempahan baju hasil cetakan dari kami yang sempat diambil gambar. Ada juga memang sengaja kami tak ambil gambar jika tempahan tersebut datangnya daripada ejen2 007 kami.. hehe

CopBaju#54g-Cetak-baju-Takraw-Mertac-Cup-2017-Darwisy-Metro-Trading

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Tempahan baju takraw ini datangnya daripada Darwisy Metro Trading. Mereka merupakan penaja bersama bagi perlawanan takraw MeRTaC Cup Circuit 1 yang telah diadakan baru2 ini.

Darwisy Metro Trading adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan khidmat sewa lori pandu sendiri di Ipoh, perkhidmatan kereta sewa dan juga car wash di Meru Raya, Ipoh.

Jika anda memerlukan khidmat sewa lori untuk pindah barang rumah, pejabat dan lain2 bolehlah hubungi mereka di facebook Sewa Lori Pandu Sendiri Ipoh.

Berbalik kepada tempahan baju tadi, 110 helai telah siap dicetak dalam tempoh masa yang agak terhad memandangkan program yang akan diadakan sudah terlalu hampir.

Alhamdulillah, semua berjalan dengan lancar dan pihak kami dapat menyerahkan baju2 tersebut pada waktu yang dijanjikan. Design yang kami cetak 100% daripada pihak Darwisy sendiri. Pihak kami cuma realisasikan ke atas baju seperti yang dikehendaki.

Baju berwarna merah ini adalah dari Katalog Freelife. Cetakan silkscreen 2 warna di bahagian hadapan baju dan 2 warna di bahagian belakang baju. Manakala untuk logo di kiri dan kanan dada kami menggunakan sticker khas dari material berkualiti tinggi untuk menjamin ketahanan. Hasilnya memang cantik menawan.

CopBaju#54b-Cetak-baju-Takraw-Darwisy-Mertac-Ipoh

CopBaju#54c-Cetak-baju-Takraw-Darwisy-Mertac-Perak-High-Quality-PU-Sticker

CopBaju#54d-Cetak-baju-Takraw-Darwisy-Mertac-high-quality-silkscreen

CopBaju#54e-Cetak-baju-Takraw-Darwisy-Sewa-Lori-Pandu-Sendiri-Ipoh

CopBaju#54a-Cetak-baju--Silkscreen-Takraw-Darwisy-Sewa-Lori-Pandu-Sendiri-Ipoh

CopBaju#54f-Cetak-baju-Takraw-Mertac-Cup-2017-Circuit-1

Menarik kan. Kombinasi warna design sepadan dengan warna baju. Bagi anda yang memiliki perniagaan, menjadi penaja seperti ini sebenarnya salah satu dari teknik marketing yang murah kosnya. Cara marketing seperti ini telah banyak syarikat2 besar gunapakai sebelum wujudnya facebook mahupun internet lagi.

Teringat saya suatu waktu ketika masih belajar dulu pada tahun 2001. Kami sebagai AJK perlu mencari penaja2 untuk majlis konvokesyen universiti. Dan kami telah mendapat penaja baju dari sebuah restoran makanan segera terkenal untuk kegunaan semua krew2.

Bayangkan semua krew pakai baju yang ada jenama restoran tersebut dan semua pengunjung yang datang pada masa tersebut telah melihatnya. Pada pandangan anda, apa yang akan melekat diingatan pada masa itu 🙂

Ok lah, agak panjang pula catatan kali ni. Cuma sedikit cadangan dari kami, bagi anda yang ingin mengembangkan jenama anda dari peringkat akar umbi, cubalah teknik tajaan baju seperti ini. Kos yang anda keluarkan memang berbaloi untuk menyebarkan jenama anda secara terus kepada masyarakat. Yang penting ianya efektif dan murah. Sedangkan jenama terkenal pun kita sering lihat iklannya di tv, bagaimana pula jenama kita. Adakah masyarakat telah nampak kewujudannya.

Jom kembangkan jenama anda hari ini. Klik link di bawah ini untuk buat tempahan baju anda sekarang :

https://copbaju.com/hubungi-kami/

Sampai kita berjumpa lagi dan salam ceria 🙂

Cop Baju Printing

2 responses to “Cetak Baju Takraw Darwisy MeRTaC Circuit 1 2017”

Tinggalkan Jejak :

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge