Tempahan Cetak Baju Family Day dan Baju Rewang

Hai, apa khabar? Alhamdulillah semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Dah lama kita tak bersua ya. Maaf la jika entri seperti iklan coklat ‘sekejap ada, sekejap tak ada’ hehe

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Apapun sepanjang mode senyap kami sebenarnya giat menyiapkan tempahan cetak baju dari pelbagai pihak. Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan ini.

Untuk entri kali ini, kami suka untuk berkongsi dengan anda hasil2 tempahan baju family day dan baju rewang yang telah kami hasilkan.

Maklum sahaja lah, cuti panjang persekolahan sesi 2017 akan menjelang tidak lama lagi. Jadi mesti ramai dikalangan anda yang merancang untuk bercuti dan beriadah bersama ahli keluarga.

Ada juga dikalangan anda mahupun ahli keluarga anda bakal bergelar raja sehari. Betul tak?

Sudah pasti juga anda sedang tercari-cari tempat yang boleh membuat baju family day atau baju rewang dengan harga yang berpatutan kan?

Jadi kami di Cop Baju Printing amat berbesar hati untuk menjadi antara penyumbang kecil kepada memori indah anda dan keluarga anda. Kami gembira jika dapat melihat kegembiraan diwajah pelanggan kami yang telah berpuas hati menggunakan perkidmatan cetak baju kami.

Kami telah menyediakan 10 design readymade baju family day dan juga baju rewang untuk anda buat pilihan. Harga dan kualiti Insya Allah adalah yang terbaik buat anda.

(more…)

Cetak Baju Takraw Darwisy MeRTaC Circuit 1 2017

Hai, apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.

Selepas hari raya Aidilfitri tempoh hari, ini baru ada kesempatan untuk update entri kat blog Cop Baju.

Kekangan masa menjadi faktor kenapa jarang bersiaran. Al maklumlah, belum mencapai piawaian untuk menjadi blogger sepenuh masa. Kerana komputer dan telefon bukanlah gadget yang dapat dipegang selalu. Jadi perlu ambil mood yang panjang untuk mula menaip.

Baiklah, untuk catatan kali ini cuma nak berkongsi salah satu tempahan baju hasil cetakan dari kami yang sempat diambil gambar. Ada juga memang sengaja kami tak ambil gambar jika tempahan tersebut datangnya daripada ejen2 007 kami.. hehe

CopBaju#54g-Cetak-baju-Takraw-Mertac-Cup-2017-Darwisy-Metro-Trading

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Tempahan baju takraw ini datangnya daripada Darwisy Metro Trading. Mereka merupakan penaja bersama bagi perlawanan takraw MeRTaC Cup Circuit 1 yang telah diadakan baru2 ini.

Darwisy Metro Trading adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan khidmat sewa lori pandu sendiri di Ipoh, perkhidmatan kereta sewa dan juga car wash di Meru Raya, Ipoh.

Jika anda memerlukan khidmat sewa lori untuk pindah barang rumah, pejabat dan lain2 bolehlah hubungi mereka di facebook Sewa Lori Pandu Sendiri Ipoh.

(more…)

Salam Aidilfitri 2017

Hai, dan apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.

Lama tak bersiaran ye.. hehe. Alhamdulillah, Syawal bakal menjelang berbaki sehari sahaja lagi. Bagaimana persiapan raya tahun 2017 ni? Banyak ke buat kuih raya? Semoga Aidilfitri anda kali ini merupakan Aidilfitri terbaik buat anda.

Dalam kesempatan ini, kami warga Cop Baju Printing ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Salam Kosong Kosong. Maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami sepanjang berurusan dengan kami.

CopBaju-Printing-Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri-2017

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Sambil2 tu jom lihat juga gambar produksi minggu terakhir Ramadhan kali ini.

Tempahan baju family day / family trip ini bertemakan warna Turquoise dari Foursquare. Tempahan daripada cikgu Sathisvaran untuk SKK6. Jumlah keseluruhan 50 helai, design dan cetakan 1 warna di bahagian hadapan.

Design family trip ini adalah design readymade baju family day kami. Cuma ada sedikit perubahan pada butiran perkataan dan juga gambar sebagaimana dipinta oleh cikgu Sathisvaran.

(more…)

10 Design Readymade Cetak Baju Family Day

Apa khabar dan Salam Cop Baju. Kami berharap anda sihat lah ya dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah, tempahan baju family day memang sentiasa mendapat sambutan saban tahun.

Apa yang menarik tentang baju family day ni adalah kepelbagaian warna-warna baju yang ditempah pelanggan. Memang ceria!

Dan sudah pastinya, keseronokan yang tidak dapat dilupakan apabila dapat berkumpul bersama kaum keluarga setelah sekian lama tak berjumpa. Pakai pulak baju dengan warna dan design yang sedondon.

Namun nak buat baju family day tu, kadang-kadang perancangan tertangguh kerana tak ada design dan kekangan masa untuk menempah baju tersebut. Akhirnya terpaksa pakai baju biasa. Kan dah tak best.

(more…)