Cetak Baju Pameran Pengantin Kedah 2017
Nak cetak baju design sendiri dengan kami tak? Kalau ada jangan segan untuk hubungi kami tau..
Apa khabar dan Salam Cop Baju semua?
Ok, berbaki cuma 3 hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2017. Selamat menyambut Tahun Baru 2017.
Awal tahun 2017 ini akan berlangsung satu pameran pengantin terbesar di Kedah yang akan di adakan di Star Parade, Alor Setar.
Pameran yang diberi nama Pameran Pengantin D’Aman ini hanya diadakan sebanyak 3 kali setahun sahaja.
Event ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 – 8 Januari 2017. Pelbagai aturcara menarik disediakan oleh penganjur.
Antaranya pertandingan andaman, pertandingan melukis inai dan ratu kebaya.
Oh ya, terdapat kurang lebih 40 vendor tau! Banyak kan? Rugi sangat kalau bakal-bakal pengantin melepaskan peluang terbaik ini.
Produk-produk hot yang anda boleh dapatkan pada hari pameran pengantin tersebut seperti butik pengantin, kad kahwin, katering, fotografi, videografi dan banyak lagi.
Orang kata, macam-macam ada lah. Cuma luangkan masa anda nanti. Save the date ya.. jangan lupa ok.