Salam Cop Baju dan Selamat Tahun Baru 2017,

Momen terindah tahun baru 2017. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh-Nya merasai momen terakhir tahun 2016 ini.

Mungkin lakaran sejarah semalam tidak semuanya indah. Namun biarlah ianya berlalu. Sambutlah harapan hari esok dengan usaha yang lebih gigih.

Semoga usaha kita di tahun baru ini akan memberikan kita kebaikan dan keberkatan.

(more…)

Cetak Baju Pameran Pengantin Kedah 2017

Nak cetak baju design sendiri dengan kami tak? Kalau ada jangan segan untuk hubungi kami tau..

Apa khabar dan Salam Cop Baju semua?

Ok, berbaki cuma 3 hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2017. Selamat menyambut Tahun Baru 2017.

Awal tahun 2017 ini akan berlangsung satu pameran pengantin terbesar di Kedah yang akan di adakan di Star Parade, Alor Setar.

Pameran yang diberi nama Pameran Pengantin D’Aman ini hanya diadakan sebanyak 3 kali setahun sahaja.

Event ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 – 8 Januari 2017. Pelbagai aturcara menarik disediakan oleh penganjur.

Antaranya pertandingan andaman, pertandingan melukis inai dan ratu kebaya.

Oh ya, terdapat kurang lebih 40 vendor tau! Banyak kan? Rugi sangat kalau bakal-bakal pengantin melepaskan peluang terbaik ini.

Produk-produk hot yang anda boleh dapatkan pada hari pameran pengantin tersebut seperti butik pengantin, kad kahwin, katering, fotografi, videografi dan banyak lagi.

Orang kata, macam-macam ada lah. Cuma luangkan masa anda nanti. Save the date ya.. jangan lupa ok.

(more…)

Cetak Baju Bengkel Taiping Perak

Nak cetak baju bengkel dengan kami tak?

Apa khabar dan Salam Cop Baju,

Pejam celik pejam celik, dah nak hujung tahun dah. Alhamdulillah kami di Cop Baju Printing menerima tempahan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Tak menang tangan kami dibuatnya. Sampai nak update blog dengan facebook pun asyik tertunda sahaja.

Itupun kami terpaksa pilih yang mana sempat je untuk di update. Kalau nak masukkan semua, tak jalan pulak kerja production nanti hehe

(more…)

Lagi Tempahan Cetak Baju Design Sendiri

Nak buat tempahan cetak baju design sendiri tak!

Salam Cop Baju buat semua.

Tinggal lagi beberapa hari kita bakal beralih ke tahun baru 2017. Dalam bulan cuti sekolah ni, banyak la tempahan untuk mencetak baju kelas dan baju family.

Tempahan Cetak Baju Pertama datang daripada Teluk Intan, Perak. Tema baju family trip. Berbekalkan baju berwarna Purple, dengan cetakan satu warna di depan dan di belakang, tempahan berjaya disiapkan sebelum dateline customer.

(more…)

5 Langkah Tukar Imej Jadi Kesan Pensel

Assalam semua & Salam Cetak Baju,

Kali ni Admin nak kongsi tutorial mudah bagaimana menukar imej realistik menjadi imej dengan kesan pensel.

Peralatan yang diperlukan adalah perisian Photoshop dan juga kreativiti korang 🙂

LANGKAH 1

Mula-mula sekali, buka imej atau gambar yang ingin digunakan.

LANGKAH 2

  1. Tekan kekunci Ctrl+J untuk duplicate gambar tersebut menjadi Layer 1
  2. Tekan kombinasi Shift+U untuk menjadikan imej grayscale

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel-Step 2

(more…)

Cetak Baju Online di CopBaju.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua. Ini merupakan nukilan pertama di blog Cop Baju ini. Alhamdulillah, web ini dapat dilancarkan dengan jayanya.

Kami berhasrat menjadi sebuah kedai cetak baju online yang tersohor & menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia suatu masa nanti hehe

Dalam proses menyiapkan web ini, memang ambil masa sikit sebab Admin perlu setup sendiri, jadi banyak trial & error berlaku, namun segalanya berjaya dihadapi.. sukses hehe

Ini merupakan pelaburan aset maya jangka panjang kami. Dengan adanya web Cop Baju ni, dapatlah kami menyampaikan informasi mengenai servis kami terus kepada korang semua.

(more…)