Design Eksklusif Baju Rewang Team Raikan Cinta

PERHATIAN semua bakal pengantin. Adakah anda sedang mencari baju rewang untuk majlis anda??

Hai, apa khabar? Alhamdulillah semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Catatan ringkas sahaja kali ini. Tapi sebelum itu…

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Kami ingin memaklumkan bahawa pihak kami telah mengemaskini design readymade untuk Baju Rewang. Design baju rewang kali ini lebih eksklusif, elegan dan trendy. Sesuai dengan citarasa sepanjang masa.

Namun design readymade ini bukan hanya sesuai untuk majlis Raja Sehari sahaja, malah boleh digunakan untuk pelbagai majlis keraian seperti baju untuk majlis aqiqah, baju majlis bersunat, majlis perpisahan, majlis pertunangan, baju majlis qurban dan lain lain majlis.

(more…)

Tempahan Cetak Baju Family Day dan Baju Rewang

Hai, apa khabar? Alhamdulillah semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Dah lama kita tak bersua ya. Maaf la jika entri seperti iklan coklat ‘sekejap ada, sekejap tak ada’ hehe

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Apapun sepanjang mode senyap kami sebenarnya giat menyiapkan tempahan cetak baju dari pelbagai pihak. Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan ini.

Untuk entri kali ini, kami suka untuk berkongsi dengan anda hasil2 tempahan baju family day dan baju rewang yang telah kami hasilkan.

Maklum sahaja lah, cuti panjang persekolahan sesi 2017 akan menjelang tidak lama lagi. Jadi mesti ramai dikalangan anda yang merancang untuk bercuti dan beriadah bersama ahli keluarga.

Ada juga dikalangan anda mahupun ahli keluarga anda bakal bergelar raja sehari. Betul tak?

Sudah pasti juga anda sedang tercari-cari tempat yang boleh membuat baju family day atau baju rewang dengan harga yang berpatutan kan?

Jadi kami di Cop Baju Printing amat berbesar hati untuk menjadi antara penyumbang kecil kepada memori indah anda dan keluarga anda. Kami gembira jika dapat melihat kegembiraan diwajah pelanggan kami yang telah berpuas hati menggunakan perkidmatan cetak baju kami.

Kami telah menyediakan 10 design readymade baju family day dan juga baju rewang untuk anda buat pilihan. Harga dan kualiti Insya Allah adalah yang terbaik buat anda.

(more…)

Cetak Baju Takraw Darwisy MeRTaC Circuit 1 2017

Hai, apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.

Selepas hari raya Aidilfitri tempoh hari, ini baru ada kesempatan untuk update entri kat blog Cop Baju.

Kekangan masa menjadi faktor kenapa jarang bersiaran. Al maklumlah, belum mencapai piawaian untuk menjadi blogger sepenuh masa. Kerana komputer dan telefon bukanlah gadget yang dapat dipegang selalu. Jadi perlu ambil mood yang panjang untuk mula menaip.

Baiklah, untuk catatan kali ini cuma nak berkongsi salah satu tempahan baju hasil cetakan dari kami yang sempat diambil gambar. Ada juga memang sengaja kami tak ambil gambar jika tempahan tersebut datangnya daripada ejen2 007 kami.. hehe

CopBaju#54g-Cetak-baju-Takraw-Mertac-Cup-2017-Darwisy-Metro-Trading

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Tempahan baju takraw ini datangnya daripada Darwisy Metro Trading. Mereka merupakan penaja bersama bagi perlawanan takraw MeRTaC Cup Circuit 1 yang telah diadakan baru2 ini.

Darwisy Metro Trading adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan khidmat sewa lori pandu sendiri di Ipoh, perkhidmatan kereta sewa dan juga car wash di Meru Raya, Ipoh.

Jika anda memerlukan khidmat sewa lori untuk pindah barang rumah, pejabat dan lain2 bolehlah hubungi mereka di facebook Sewa Lori Pandu Sendiri Ipoh.

(more…)

Salam Aidilfitri 2017

Hai, dan apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.

Lama tak bersiaran ye.. hehe. Alhamdulillah, Syawal bakal menjelang berbaki sehari sahaja lagi. Bagaimana persiapan raya tahun 2017 ni? Banyak ke buat kuih raya? Semoga Aidilfitri anda kali ini merupakan Aidilfitri terbaik buat anda.

Dalam kesempatan ini, kami warga Cop Baju Printing ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Salam Kosong Kosong. Maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami sepanjang berurusan dengan kami.

CopBaju-Printing-Selamat-Hari-Raya-Aidilfitri-2017

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI

Sambil2 tu jom lihat juga gambar produksi minggu terakhir Ramadhan kali ini.

Tempahan baju family day / family trip ini bertemakan warna Turquoise dari Foursquare. Tempahan daripada cikgu Sathisvaran untuk SKK6. Jumlah keseluruhan 50 helai, design dan cetakan 1 warna di bahagian hadapan.

Design family trip ini adalah design readymade baju family day kami. Cuma ada sedikit perubahan pada butiran perkataan dan juga gambar sebagaimana dipinta oleh cikgu Sathisvaran.

(more…)

Cetak Baju Polo Pasak Impian Batu Gajah, Perak

Hai, dan apa khabar ? Alhamdulillah bagi kami tempahan cetak baju di bulan Ramadhan yang mulia ini masih ada dan berterusan. Cumanya kami tak sempat nak update blog dengan kerap.

Baiklah tempahan baju polo atau baju berkolar merah ini datangnya daripada syarikat kejuruteraan Pasak Impian Enterprise, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Tempahan ini dah lama siap sebenarnya. Satu batch dengan tempahan baju berkolar Samtech Global Solutions sebelum ni.

Menggunakan kain dari jenama Oren Sport iaitu HC 0105 RED. Kain nya yang tebal dan sangat selesa terdapat pilihan size dari XS hinggalah 3XL.

CopBaju-Cetak-uniform-syarikat-Pasak-Impian

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Alhamdulillah, pelanggan berpuashati dengan hasil yang diperolehi. Baju berkolar ni memang selalu menjadi pilihan kebanyakan syarikat yang nak buat uniform company. Baju berkolar juga sesuai kalau anda nak pakai pakaian yang formal untuk aktiviti tertentu.

CopBaju-Testomonial-cetak-baju-polo-Pasak-Impian-Enterprise

(more…)

Cetak Baju Berkolar Samtech Seri Iskandar, Perak

Hai, dan apa khabar ? Yeahh puasa dah dekat hehe

Kami ingin mengambil kesempatan ini utntuk mengucapkan Salam Ramadhan 1438H /2017 & Selamat berpuasa. Tingkatkan amalan mulia serta banyakkan ibadah kita.

Ok, tempahan baju ni daripada Samtech Global Solutions Sdn. Bhd. Warna merah menjadi pilihan. Baju ni dari Katalog Oren Sport, HC 0105 RED. Kain dia memang tebal dan sangat selesa iaitu 230gsm dan diperbuat dari campuran 60% cotton dan 40% polyester. Terdapat dari size XS hingga 3XL.

Print Baju Berkolar Samtech Global Solutions Sdn Bhd

Baju berkolar ni memang selalu menjadi pilihan kebanyakkan syarikat yang nak buat uniform rasmi. Baju berkolar juga sesuai kalau anda nak kan pakaian yang formal untuk aktiviti tertentu.

Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Ini merupakan tempahan ke 3 daripada Samtech. Sebelum ini kami dah cetak untuk 2nd batch sekali dengan tempahan business card. Ha, kami juga buat offset printing tau. Tak kisahlah anda nak order  business card, flyer, bill book, kad kahwin, sampul duit raya, kalender tahunan dan lain2, semua boleh. Hehehe

(more…)

Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport

Hai, dan apa khabar ? Didoakan korang sihat2 hendaknya.

Ok, baju tempahan daripada Endah Sari Motorsport ni dah lama siap sebenarnya. Baru sekarang berkesempatan nak upload kat blog. Sebelum ni kami dah upload kat facebook kami.

Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Baju ni sepenuhnya hasil design kami. Customer kami Encik Wan memberi panduan apa yang dikehendaki. Dan beliau meminta untuk bajunya dicetak menggunakan dakwat khas iaitu, dakwat emas atau Gold ink.

Alhamdulillah hasilnya memang mengancam. Bersinar2 bila terkena cahaya. Memang istimewa habis bila pakai. Tambah kacak bergaya lah Encik Wan kita dengan team beliau hehe

(more…)