Cetak Baju Berkolar Samtech Seri Iskandar, Perak

Hai, dan apa khabar ? Yeahh puasa dah dekat hehe

Kami ingin mengambil kesempatan ini utntuk mengucapkan Salam Ramadhan 1438H /2017 & Selamat berpuasa. Tingkatkan amalan mulia serta banyakkan ibadah kita.

Ok, tempahan baju ni daripada Samtech Global Solutions Sdn. Bhd. Warna merah menjadi pilihan. Baju ni dari Katalog Oren Sport, HC 0105 RED. Kain dia memang tebal dan sangat selesa iaitu 230gsm dan diperbuat dari campuran 60% cotton dan 40% polyester. Terdapat dari size XS hingga 3XL.

Print Baju Berkolar Samtech Global Solutions Sdn Bhd

Baju berkolar ni memang selalu menjadi pilihan kebanyakkan syarikat yang nak buat uniform rasmi. Baju berkolar juga sesuai kalau anda nak kan pakaian yang formal untuk aktiviti tertentu.

Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Ini merupakan tempahan ke 3 daripada Samtech. Sebelum ini kami dah cetak untuk 2nd batch sekali dengan tempahan business card. Ha, kami juga buat offset printing tau. Tak kisahlah anda nak order  business card, flyer, bill book, kad kahwin, sampul duit raya, kalender tahunan dan lain2, semua boleh. Hehehe

(more…)

Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport

Hai, dan apa khabar ? Didoakan korang sihat2 hendaknya.

Ok, baju tempahan daripada Endah Sari Motorsport ni dah lama siap sebenarnya. Baru sekarang berkesempatan nak upload kat blog. Sebelum ni kami dah upload kat facebook kami.

Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI

Baju ni sepenuhnya hasil design kami. Customer kami Encik Wan memberi panduan apa yang dikehendaki. Dan beliau meminta untuk bajunya dicetak menggunakan dakwat khas iaitu, dakwat emas atau Gold ink.

Alhamdulillah hasilnya memang mengancam. Bersinar2 bila terkena cahaya. Memang istimewa habis bila pakai. Tambah kacak bergaya lah Encik Wan kita dengan team beliau hehe

(more…)

Website Cop Baju Printing Mesra Pengguna Mobile?

Salam dunia maya, alhamdulillah bertemu lagi kita.

Catatan kali ni kita tinggalkan sekejap cerita tentang printing baju ke, tempah baju ke, dan apa2 yang berkaitan dengan cetak baju.

Sesekali kita ubah topik lain boleh kan.

Eh, betul ke website Cop Baju Printing mesra pengguna mobile? Bukan kami saja2 nak cakap tau. Tapi ini berdasarkan uji cuba dan penambahbaikan yang telah kami jalankan dalam tempoh seminggu dua ini.

Benchmark kami adalah berdasarkan keputusan yang dikeluarkan oleh pihak Google melalui tool PageSpeed Insights dan ThinkwithGoogle. Kedua2 tool ini adalah tool percuma daripada Google.

(more…)

Minggu Yang Padat Dengan Tempahan

Hai, dan apa khabar.  Bertemu lagi kita.

Alhamdulillah, minggu ni kami full house menyiapkan tempahan printing dari customer dan juga rakan niaga kami.

Untuk kali ni kita tak nak cerita panjang, biar gambar yang berbicara. Antara job2 (gambar yg sempat kami rakam) dari rakan niaga kami yang sentiasa menyokong kami. Dulu, kini dan selamanya hehe

Terima kasih buat rakan2 niaga kami.

(more…)

29 + 10 Pilihan Warna Premium Cotton 185gsm Untuk Cetak Baju

Hai, apa khabar? Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.

Kali ni kami nak update berkenaan kain yang selalu kami gunakan untuk printing dan yang selalu menjadi pilihan ramai serta variasi warna2 baju yang ada.

Terdapat sebanyak 29 + 10 warna baju yang boleh korang pilih. Dari warna cerah sehinggalah warna gelap. Semua cantik2 belaka.

✅ Premium Cotton 185gsm
✅ 39 Pilihan Warna
✅ Minimum Tempahan 10 Helai
✅ Cetakan Silkscreen Berkualiti

Kami nak ceritakan tentang baju dari kain cotton dahulu untuk catatan ini. Baju kain cotton memang telah lama mendapat tempat bagi masyarakat Malaysia. Maklumlah, kain cotton memang amat sesuai dipakai dengan keadaan cuaca negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun.

(more…)

Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?

Hai, apa khabar? Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.

Berita baik untuk bakal2 pengantin raja & puteri sehari. Nak tanya sikit ni? Korang dah tempah belum baju rewang untuk majlis korang tu?

Nak tak saudara mara korang pakai baju yang seragam masa tu dengan design yang memikat semata2 nak raikan majlis korang? Dan memori ni akan kekal abadi sehinggalah korang beranak pinak. Rugilah kalau korang cakap taknak kan.. hehe

Hmm majlis kenduri dah dekat ni, tapi tak ada idea lah nak buat baju macam mana..

Okay2.. korang jangan risau. Sebab kami kat Cop Baju Printing ni sedia nak tolong korang. Kami boleh siapkan baju majlis kahwin korang tu dalam tempoh masa yang singkat. Malah korang boleh pilih design baju rewang readymade yang telah kami sediakan.

(more…)

Promosi Cetak Baju Family Day RM10.00 Sehelai

Hai, apa khabar. Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.

Cop Baju Printing kini kembali lagi dengan promosi hebat. Kali ni kitaorang buat promosi untuk print t-shirt family day pulak.

Kitaorang yakin, korang mungkin dah plan lama kan nak buat family gathering. Tapi terbantut bila pikir nak kena cari design lagi, nak cari kedai yang boleh print harga berpatutan tapi berkualiti.. hmm pening2…

(more…)

10 Design Readymade Cetak Baju Family Day

Apa khabar dan Salam Cop Baju. Kami berharap anda sihat lah ya dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah, tempahan baju family day memang sentiasa mendapat sambutan saban tahun.

Apa yang menarik tentang baju family day ni adalah kepelbagaian warna-warna baju yang ditempah pelanggan. Memang ceria!

Dan sudah pastinya, keseronokan yang tidak dapat dilupakan apabila dapat berkumpul bersama kaum keluarga setelah sekian lama tak berjumpa. Pakai pulak baju dengan warna dan design yang sedondon.

Namun nak buat baju family day tu, kadang-kadang perancangan tertangguh kerana tak ada design dan kekangan masa untuk menempah baju tersebut. Akhirnya terpaksa pakai baju biasa. Kan dah tak best.

(more…)