10 Design Readymade Cetak Baju Family Day

Apa khabar dan Salam Cop Baju. Kami berharap anda sihat lah ya dan sentiasa dimurahkan rezeki.

Alhamdulillah, tempahan baju family day memang sentiasa mendapat sambutan saban tahun.

Apa yang menarik tentang baju family day ni adalah kepelbagaian warna-warna baju yang ditempah pelanggan. Memang ceria!

Dan sudah pastinya, keseronokan yang tidak dapat dilupakan apabila dapat berkumpul bersama kaum keluarga setelah sekian lama tak berjumpa. Pakai pulak baju dengan warna dan design yang sedondon.

Namun nak buat baju family day tu, kadang-kadang perancangan tertangguh kerana tak ada design dan kekangan masa untuk menempah baju tersebut. Akhirnya terpaksa pakai baju biasa. Kan dah tak best.

(more…)

Sulaman Baju Tshirt, Baju Korporat dan Tuala

Cop Baju Printing bukan hanya mencetak baju. Untuk makluman kami juga ada menawarkan kepakaran kami dalam perkhidmatan sulaman.

Pelbagai jenis sulaman berkomputer atau embroidery kami terima antaranya sulaman logo, sulaman nama individu, sulaman nama syarikat, sulaman name tag sekolah, sulaman produk untuk cenderahati dan lain-lain lagi.

Sulaman berkomputer yang ditawarkan oleh CopBaju Printing mencakupi pelbagai jenis baju dan material seperti t-shirt, jersi microfibre, baju polo (honeycomb), baju korporat (F1), tuala, bag, kotak pensel, vest, tudung, dan banyak lagi.

(more…)

Promosi Cetak Baju Murah RM10.90 Sehelai

Cop Baju Printing kini sedang mengadakan promosi firesale cetak baju murah hanya RM10.90 sehelai. Harga cetak termasuk sekali baju. Best gila kan!

Promosi yang julung kali diadakan. Hanya untuk bulan Januari 2017 sahaja. Ya, kami memang serius nak bagi diskaun gila-gila ni buat anda semua.

TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!

Terima kasih kerana telah menyokong CopBaju.com selama ini dan teruskanlah  sokongan padu anda tersebut sampai bila-bila.

(more…)

Salam Cop Baju dan Selamat Tahun Baru 2017,

Momen terindah tahun baru 2017. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh-Nya merasai momen terakhir tahun 2016 ini.

Mungkin lakaran sejarah semalam tidak semuanya indah. Namun biarlah ianya berlalu. Sambutlah harapan hari esok dengan usaha yang lebih gigih.

Semoga usaha kita di tahun baru ini akan memberikan kita kebaikan dan keberkatan.

(more…)

Cetak Baju Pameran Pengantin Kedah 2017

Nak cetak baju design sendiri dengan kami tak? Kalau ada jangan segan untuk hubungi kami tau..

Apa khabar dan Salam Cop Baju semua?

Ok, berbaki cuma 3 hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2017. Selamat menyambut Tahun Baru 2017.

Awal tahun 2017 ini akan berlangsung satu pameran pengantin terbesar di Kedah yang akan di adakan di Star Parade, Alor Setar.

Pameran yang diberi nama Pameran Pengantin D’Aman ini hanya diadakan sebanyak 3 kali setahun sahaja.

Event ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 – 8 Januari 2017. Pelbagai aturcara menarik disediakan oleh penganjur.

Antaranya pertandingan andaman, pertandingan melukis inai dan ratu kebaya.

Oh ya, terdapat kurang lebih 40 vendor tau! Banyak kan? Rugi sangat kalau bakal-bakal pengantin melepaskan peluang terbaik ini.

Produk-produk hot yang anda boleh dapatkan pada hari pameran pengantin tersebut seperti butik pengantin, kad kahwin, katering, fotografi, videografi dan banyak lagi.

Orang kata, macam-macam ada lah. Cuma luangkan masa anda nanti. Save the date ya.. jangan lupa ok.

(more…)

Cetak Baju Bengkel Taiping Perak

Nak cetak baju bengkel dengan kami tak?

Apa khabar dan Salam Cop Baju,

Pejam celik pejam celik, dah nak hujung tahun dah. Alhamdulillah kami di Cop Baju Printing menerima tempahan yang menggalakkan daripada pelanggan.

Tak menang tangan kami dibuatnya. Sampai nak update blog dengan facebook pun asyik tertunda sahaja.

Itupun kami terpaksa pilih yang mana sempat je untuk di update. Kalau nak masukkan semua, tak jalan pulak kerja production nanti hehe

(more…)

Lagi Tempahan Cetak Baju Design Sendiri

Nak buat tempahan cetak baju design sendiri tak!

Salam Cop Baju buat semua.

Tinggal lagi beberapa hari kita bakal beralih ke tahun baru 2017. Dalam bulan cuti sekolah ni, banyak la tempahan untuk mencetak baju kelas dan baju family.

Tempahan Cetak Baju Pertama datang daripada Teluk Intan, Perak. Tema baju family trip. Berbekalkan baju berwarna Purple, dengan cetakan satu warna di depan dan di belakang, tempahan berjaya disiapkan sebelum dateline customer.

(more…)

5 Langkah Tukar Imej Jadi Kesan Pensel

Assalam semua & Salam Cetak Baju,

Kali ni Admin nak kongsi tutorial mudah bagaimana menukar imej realistik menjadi imej dengan kesan pensel.

Peralatan yang diperlukan adalah perisian Photoshop dan juga kreativiti korang 🙂

LANGKAH 1

Mula-mula sekali, buka imej atau gambar yang ingin digunakan.

LANGKAH 2

  1. Tekan kekunci Ctrl+J untuk duplicate gambar tersebut menjadi Layer 1
  2. Tekan kombinasi Shift+U untuk menjadikan imej grayscale

Tutorial PS-Tukar Imej Jadi Kesan Pensel-Step 2

(more…)

Salam cetak baju & Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Kali ini Admin nak kongsi job yang telah disiapkan dan sempat di snap.

Tempahan pertama ni datang nya dari Sarawak. Ha jauh kan, sebab kami kat Ipoh je.. Walau macam mana pun, tiada masalah kerana zaman sekarang ni ada pelbagai cara untuk kita berhubung dengan pantas dan mudah.

Dengan kemudahan aplikasi percuma seperti whatsapp, telegram, instagram dan fb, semua tempahan baju dapat diuruskan dari hujung jari sahaja.

Ok lah, berbalik kepada tempahan dari Sarawak ni, baju ni simple je design dia. Print satu warna size A3 kat depan baju. Ni baju team kalau tak salah Admin. So walaupun simple, namun tetap istimewa.

Sebabnya, design baju ni diorang je yang pakai.. ha kan special tu 🙂 Dan baju ni diorang yang design sendiri tau.. pihak Admin cuma adjust sikit-sikit je dan print.

(more…)

Cetak Baju Online di CopBaju.com

Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Selamat datang diucapkan kepada semua. Ini merupakan nukilan pertama di blog Cop Baju ini. Alhamdulillah, web ini dapat dilancarkan dengan jayanya.

Kami berhasrat menjadi sebuah kedai cetak baju online yang tersohor & menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia suatu masa nanti hehe

Dalam proses menyiapkan web ini, memang ambil masa sikit sebab Admin perlu setup sendiri, jadi banyak trial & error berlaku, namun segalanya berjaya dihadapi.. sukses hehe

Ini merupakan pelaburan aset maya jangka panjang kami. Dengan adanya web Cop Baju ni, dapatlah kami menyampaikan informasi mengenai servis kami terus kepada korang semua.

(more…)