29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Hai, apa khabar 🙂 Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.
Kali ni kami nak update berkenaan kain yang selalu kami gunakan untuk printing dan yang selalu menjadi pilihan ramai serta variasi warna2 baju yang ada.
Terdapat sebanyak 29 warna baju yang boleh korang pilih. Dari warna cerah sehinggalah warna gelap. Semua cantik2 belaka.
Kami nak ceritakan tentang baju dari kain cotton dahulu untuk catatan ini. Baju kain cotton memang telah lama mendapat tempat bagi masyarakat Malaysia. Maklumlah, kain cotton memang amat sesuai dipakai dengan keadaan cuaca negara kita yang panas dan lembap sepanjang tahun.
Keupayaan istimewa kain cotton yang mudah menyerap peluh menyebabkan pemakai berasa selesa sepanjang masa. Sebab itulah baju kain cotton ini sentiasa dipilih sebagai baju untuk pelbagai aktiviti riadah seperti family day, rewang / bekwoh, hiking, memancing, berkonvoi, dan banyak lagi.
Lagi pula, baju kain cotton yang telah siap dicetak designnya masih berada dalam kemampuan bajet pengguna kerana kosnya yang tidak terlalu mahal.
Yang bestnya… dengan pilihan warna baju sebanyak 29 warna ni korang boleh padankan dengan design readymade baju family day yang telah kami sediakan :
Baju kain cotton yang menjadi pilihan kami dan juga kebanyakkan pengguna adalah baju t-shirt roundneck 100% cotton 160 gsm. Gsm yang dinyatakan adalah merujuk kepada ketebalan kain cotton itu sendiri iaitu 160.
Ada baju kain cotton senipis 145 gsm sehinggalah setebal 200 gsm. Perlu dingatkan, jika terlalu nipis, kualiti baju kurang baik walaupun harga murah. Demikian jika 200 gsm, kain adalah tebal dan berkualiti namun harga pula adalah mahal. Namun apa yang penting, tepuk dada tanya poket korang. Hehehe.. gurau je 🙂
Dah tengok pilihan warna baju kan. Memang rambang mata dibuatnya. Betul tak? Selain baju family day korang juga boleh buat baju rewang. Jom cuci mata untuk pilih design baju rewang mana yang korang nak tempah :
Takut size pilihan korang tak sesuai? Jangan risau, boleh semak carta size ukuran baju berikut :
Setiap tempahan perlu melalui 4 proses berikut. Jadi korang boleh rancang tempahan korang untuk mengelakkan kelewatan dalam memproses dan menerima baju yang siap.
- Korang hubungi pihak kami melalui cara di atas. Berikan maklumat lengkap (kod design, warna baju, size dan kuantiti baju).
- Kami akan berikan sebutharga berdasarkan maklumat tersebut. Tarikh jangkaan siap juga akan diberitahu.
- Jika korang bersetuju, jadi deposit sebanyak 60% perlu dibayar kepada kami.
- Baki lagi 40% korang perlu selesaikan bila baju dah siap untuk diambil / dihantar.
Nak buat tempahan pun mudah je sebenarnya. Tempahan baju t-shirt boleh dibuat melalui cara berikut :
Jangan lupa SHARE catatan kami mengenai 29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju ini di facebook korang. Manalah tahu kan, ada rakan2 takpun ahli keluarga korang yang tengah mencari servis mencetak baju untuk cuti sekolah nanti 🙂
Dengan adanya banyak pilihan warna macam ni, akan dapat menarik minat pelanggan untuk memilih warna yang mereka sukai..
anuar recently posted…Cara nak dapatkan Duit Raya melalui komen terbanyak di blog Denaihati
Betul tu. Pelanggan boleh memilih warna kegemaran masing2. Walaubagaimana pun, tempahan awal amat digalakkan untuk mengelakkan kelewatan proses dan juga kehabisan stock size baju.
Wahh..sampai 29 pilihan warna yang pasti menarik minat bakal pelanggan. Terbaik dan selamat maju jaya!
Hehe, baru lah ceria dan meriah kan 🙂 Tiada lagi alasan tak ada warna kegemaran
Wanz Shazwan recently posted…Promosi Cetak Baju Family Day RM10.00