Tempahan Cetak Baju Family Day dan Baju Rewang
Hai, apa khabar? Alhamdulillah semoga anda diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Dah lama kita tak bersua ya. Maaf la jika entri seperti iklan coklat ‘sekejap ada, sekejap tak ada’ hehe
Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI
Apapun sepanjang mode senyap kami sebenarnya giat menyiapkan tempahan cetak baju dari pelbagai pihak. Alhamdulillah, syukur atas nikmat rezeki yang Allah berikan ini.
Untuk entri kali ini, kami suka untuk berkongsi dengan anda hasil2 tempahan baju family day dan baju rewang yang telah kami hasilkan.
Maklum sahaja lah, cuti panjang persekolahan sesi 2017 akan menjelang tidak lama lagi. Jadi mesti ramai dikalangan anda yang merancang untuk bercuti dan beriadah bersama ahli keluarga.
Ada juga dikalangan anda mahupun ahli keluarga anda bakal bergelar raja sehari. Betul tak?
Sudah pasti juga anda sedang tercari-cari tempat yang boleh membuat baju family day atau baju rewang dengan harga yang berpatutan kan?
Jadi kami di Cop Baju Printing amat berbesar hati untuk menjadi antara penyumbang kecil kepada memori indah anda dan keluarga anda. Kami gembira jika dapat melihat kegembiraan diwajah pelanggan kami yang telah berpuas hati menggunakan perkidmatan cetak baju kami.
Kami telah menyediakan 10 design readymade baju family day dan juga baju rewang untuk anda buat pilihan. Harga dan kualiti Insya Allah adalah yang terbaik buat anda.
Cetak Baju Takraw Darwisy MeRTaC Circuit 1 2017
Hai, apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.
Selepas hari raya Aidilfitri tempoh hari, ini baru ada kesempatan untuk update entri kat blog Cop Baju.
Kekangan masa menjadi faktor kenapa jarang bersiaran. Al maklumlah, belum mencapai piawaian untuk menjadi blogger sepenuh masa. Kerana komputer dan telefon bukanlah gadget yang dapat dipegang selalu. Jadi perlu ambil mood yang panjang untuk mula menaip.
Baiklah, untuk catatan kali ini cuma nak berkongsi salah satu tempahan baju hasil cetakan dari kami yang sempat diambil gambar. Ada juga memang sengaja kami tak ambil gambar jika tempahan tersebut datangnya daripada ejen2 007 kami.. hehe

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI
Tempahan baju takraw ini datangnya daripada Darwisy Metro Trading. Mereka merupakan penaja bersama bagi perlawanan takraw MeRTaC Cup Circuit 1 yang telah diadakan baru2 ini.
Darwisy Metro Trading adalah sebuah syarikat bumiputera yang menyediakan khidmat sewa lori pandu sendiri di Ipoh, perkhidmatan kereta sewa dan juga car wash di Meru Raya, Ipoh.
Jika anda memerlukan khidmat sewa lori untuk pindah barang rumah, pejabat dan lain2 bolehlah hubungi mereka di facebook Sewa Lori Pandu Sendiri Ipoh.
Salam Aidilfitri 2017
Hai, dan apa khabar? Didoakan semoga anda sihat dan dikurniakan limpahan rezeki dari Nya.
Lama tak bersiaran ye.. hehe. Alhamdulillah, Syawal bakal menjelang berbaki sehari sahaja lagi. Bagaimana persiapan raya tahun 2017 ni? Banyak ke buat kuih raya? Semoga Aidilfitri anda kali ini merupakan Aidilfitri terbaik buat anda.
Dalam kesempatan ini, kami warga Cop Baju Printing ingin mengucapkan Salam Aidilfitri, Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin. Salam Kosong Kosong. Maafkan jika ada kekurangan dari pihak kami sepanjang berurusan dengan kami.

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. Terima kasih atas sokongan anda. KLIK DISINI
Sambil2 tu jom lihat juga gambar produksi minggu terakhir Ramadhan kali ini.
Tempahan baju family day / family trip ini bertemakan warna Turquoise dari Foursquare. Tempahan daripada cikgu Sathisvaran untuk SKK6. Jumlah keseluruhan 50 helai, design dan cetakan 1 warna di bahagian hadapan.
Design family trip ini adalah design readymade baju family day kami. Cuma ada sedikit perubahan pada butiran perkataan dan juga gambar sebagaimana dipinta oleh cikgu Sathisvaran.
Cetak Baju Polo Pasak Impian Batu Gajah, Perak
Hai, dan apa khabar ? Alhamdulillah bagi kami tempahan cetak baju di bulan Ramadhan yang mulia ini masih ada dan berterusan. Cumanya kami tak sempat nak update blog dengan kerap.
Baiklah tempahan baju polo atau baju berkolar merah ini datangnya daripada syarikat kejuruteraan Pasak Impian Enterprise, Batu Gajah, Perak Darul Ridzuan. Tempahan ini dah lama siap sebenarnya. Satu batch dengan tempahan baju berkolar Samtech Global Solutions sebelum ni.
Menggunakan kain dari jenama Oren Sport iaitu HC 0105 RED. Kain nya yang tebal dan sangat selesa terdapat pilihan size dari XS hinggalah 3XL.

Jom luangkan masa seminit dua untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI
Alhamdulillah, pelanggan berpuashati dengan hasil yang diperolehi. Baju berkolar ni memang selalu menjadi pilihan kebanyakan syarikat yang nak buat uniform company. Baju berkolar juga sesuai kalau anda nak pakai pakaian yang formal untuk aktiviti tertentu.

Cetak Baju Berkolar Samtech Seri Iskandar, Perak
Hai, dan apa khabar ? Yeahh puasa dah dekat hehe
Kami ingin mengambil kesempatan ini utntuk mengucapkan Salam Ramadhan 1438H /2017 & Selamat berpuasa. Tingkatkan amalan mulia serta banyakkan ibadah kita.
Ok, tempahan baju ni daripada Samtech Global Solutions Sdn. Bhd. Warna merah menjadi pilihan. Baju ni dari Katalog Oren Sport, HC 0105 RED. Kain dia memang tebal dan sangat selesa iaitu 230gsm dan diperbuat dari campuran 60% cotton dan 40% polyester. Terdapat dari size XS hingga 3XL.

Baju berkolar ni memang selalu menjadi pilihan kebanyakkan syarikat yang nak buat uniform rasmi. Baju berkolar juga sesuai kalau anda nak kan pakaian yang formal untuk aktiviti tertentu.
Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI
Ini merupakan tempahan ke 3 daripada Samtech. Sebelum ini kami dah cetak untuk 2nd batch sekali dengan tempahan business card. Ha, kami juga buat offset printing tau. Tak kisahlah anda nak order business card, flyer, bill book, kad kahwin, sampul duit raya, kalender tahunan dan lain2, semua boleh. Hehehe
Cetakan Gold Baju Endah Sari Motorsport
Hai, dan apa khabar ? Didoakan korang sihat2 hendaknya.
Ok, baju tempahan daripada Endah Sari Motorsport ni dah lama siap sebenarnya. Baru sekarang berkesempatan nak upload kat blog. Sebelum ni kami dah upload kat facebook kami.
Jom luangkan masa untuk LIKE facebook kami. KLIK DISINI
Baju ni sepenuhnya hasil design kami. Customer kami Encik Wan memberi panduan apa yang dikehendaki. Dan beliau meminta untuk bajunya dicetak menggunakan dakwat khas iaitu, dakwat emas atau Gold ink.
Alhamdulillah hasilnya memang mengancam. Bersinar2 bila terkena cahaya. Memang istimewa habis bila pakai. Tambah kacak bergaya lah Encik Wan kita dengan team beliau hehe
Tempahan Baju Crew KFC Batu Gajah, Perak
Hai, dan apa khabar ? Bertemu lagi kita di hari Jumaat yang indah ini. Tak lama lagi dah nak puasa ye.. Alhamdulillah semoga Ramadhan kali ini kita dapat meningkatkan lagi amalan kebaikan kita.
Berbalik kepada catatan kali ini. Alhamdulillah kami di Cop Baju Printing menerima banyak tempahan baju. Kebanyakkan nya daripada rakan2 niaga kami.
Namun tempahan baju crew KFC Batu Gajah, Perak ini adalah salah satu tempahan terus daripada pelanggan kami Encik Amzar.
Minggu Yang Padat Dengan Tempahan
Hai, dan apa khabar. Bertemu lagi kita.
Alhamdulillah, minggu ni kami full house menyiapkan tempahan printing dari customer dan juga rakan niaga kami.
Untuk kali ni kita tak nak cerita panjang, biar gambar yang berbicara. Antara job2 (gambar yg sempat kami rakam) dari rakan niaga kami yang sentiasa menyokong kami. Dulu, kini dan selamanya hehe
Terima kasih buat rakan2 niaga kami.
29 Pilihan Warna Baju Untuk Cetak Baju
Hai, apa khabar? Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.
Kali ni kami nak update berkenaan kain yang selalu kami gunakan untuk printing dan yang selalu menjadi pilihan ramai serta variasi warna2 baju yang ada.
Terdapat sebanyak 29 warna baju yang boleh korang pilih. Dari warna cerah sehinggalah warna gelap. Semua cantik2 belaka.
Nak Tempah Baju Rewang Tapi Tak Ada Design?
Hai, apa khabar? Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.
Berita baik untuk bakal2 pengantin raja & puteri sehari. Nak tanya sikit ni? Korang dah tempah belum baju rewang untuk majlis korang tu?
Nak tak saudara mara korang pakai baju yang seragam masa tu dengan design yang memikat semata2 nak raikan majlis korang? Dan memori ni akan kekal abadi sehinggalah korang beranak pinak. Rugilah kalau korang cakap taknak kan.. hehe
Hmm majlis kenduri dah dekat ni, tapi tak ada idea lah nak buat baju macam mana..
Okay2.. korang jangan risau. Sebab kami kat Cop Baju Printing ni sedia nak tolong korang. Kami boleh siapkan baju majlis kahwin korang tu dalam tempoh masa yang singkat. Malah korang boleh pilih design baju rewang readymade yang telah kami sediakan.
Promosi Cetak Baju Family Day RM10.00 Sehelai
Hai, apa khabar. Semoga korang sihat & dimurahkan rezeki.
Cop Baju Printing kini kembali lagi dengan promosi hebat. Kali ni kitaorang buat promosi untuk print t-shirt family day pulak.
Kitaorang yakin, korang mungkin dah plan lama kan nak buat family gathering. Tapi terbantut bila pikir nak kena cari design lagi, nak cari kedai yang boleh print harga berpatutan tapi berkualiti.. hmm pening2…
10 Design Readymade Cetak Baju Family Day
Apa khabar dan Salam Cop Baju. Kami berharap anda sihat lah ya dan sentiasa dimurahkan rezeki.
Alhamdulillah, tempahan baju family day memang sentiasa mendapat sambutan saban tahun.
Apa yang menarik tentang baju family day ni adalah kepelbagaian warna-warna baju yang ditempah pelanggan. Memang ceria!
Dan sudah pastinya, keseronokan yang tidak dapat dilupakan apabila dapat berkumpul bersama kaum keluarga setelah sekian lama tak berjumpa. Pakai pulak baju dengan warna dan design yang sedondon.
Namun nak buat baju family day tu, kadang-kadang perancangan tertangguh kerana tak ada design dan kekangan masa untuk menempah baju tersebut. Akhirnya terpaksa pakai baju biasa. Kan dah tak best.
Sulaman Baju Tshirt, Baju Korporat dan Tuala
Cop Baju Printing bukan hanya mencetak baju. Untuk makluman kami juga ada menawarkan kepakaran kami dalam perkhidmatan sulaman.
Pelbagai jenis sulaman berkomputer atau embroidery kami terima antaranya sulaman logo, sulaman nama individu, sulaman nama syarikat, sulaman name tag sekolah, sulaman produk untuk cenderahati dan lain-lain lagi.
Sulaman berkomputer yang ditawarkan oleh CopBaju Printing mencakupi pelbagai jenis baju dan material seperti t-shirt, jersi microfibre, baju polo (honeycomb), baju korporat (F1), tuala, bag, kotak pensel, vest, tudung, dan banyak lagi.
Promosi Cetak Baju Murah RM10.90 Sehelai
Cop Baju Printing kini sedang mengadakan promosi firesale cetak baju murah hanya RM10.90 sehelai. Harga cetak termasuk sekali baju. Best gila kan!
Promosi yang julung kali diadakan. Hanya untuk bulan Januari 2017 sahaja. Ya, kami memang serius nak bagi diskaun gila-gila ni buat anda semua.
TERIMA KASIH! TERIMA KASIH! TERIMA KASIH!
Terima kasih kerana telah menyokong CopBaju.com selama ini dan teruskanlah sokongan padu anda tersebut sampai bila-bila.
Salam Cop Baju dan Selamat Tahun Baru 2017,
Momen terindah tahun baru 2017. Alhamdulillah kita masih diberi kesempatan oleh-Nya merasai momen terakhir tahun 2016 ini.
Mungkin lakaran sejarah semalam tidak semuanya indah. Namun biarlah ianya berlalu. Sambutlah harapan hari esok dengan usaha yang lebih gigih.
Semoga usaha kita di tahun baru ini akan memberikan kita kebaikan dan keberkatan.
Cetak Baju Pameran Pengantin Kedah 2017
Nak cetak baju design sendiri dengan kami tak? Kalau ada jangan segan untuk hubungi kami tau..
Apa khabar dan Salam Cop Baju semua?
Ok, berbaki cuma 3 hari sahaja lagi sebelum kita meninggalkan tahun 2017. Selamat menyambut Tahun Baru 2017.
Awal tahun 2017 ini akan berlangsung satu pameran pengantin terbesar di Kedah yang akan di adakan di Star Parade, Alor Setar.
Pameran yang diberi nama Pameran Pengantin D’Aman ini hanya diadakan sebanyak 3 kali setahun sahaja.
Event ini akan berlangsung selama 3 hari bermula dari 6 – 8 Januari 2017. Pelbagai aturcara menarik disediakan oleh penganjur.
Antaranya pertandingan andaman, pertandingan melukis inai dan ratu kebaya.
Oh ya, terdapat kurang lebih 40 vendor tau! Banyak kan? Rugi sangat kalau bakal-bakal pengantin melepaskan peluang terbaik ini.
Produk-produk hot yang anda boleh dapatkan pada hari pameran pengantin tersebut seperti butik pengantin, kad kahwin, katering, fotografi, videografi dan banyak lagi.
Orang kata, macam-macam ada lah. Cuma luangkan masa anda nanti. Save the date ya.. jangan lupa ok.
Cetak Baju Bengkel Taiping Perak
Nak cetak baju bengkel dengan kami tak?
Apa khabar dan Salam Cop Baju,
Pejam celik pejam celik, dah nak hujung tahun dah. Alhamdulillah kami di Cop Baju Printing menerima tempahan yang menggalakkan daripada pelanggan.
Tak menang tangan kami dibuatnya. Sampai nak update blog dengan facebook pun asyik tertunda sahaja.
Itupun kami terpaksa pilih yang mana sempat je untuk di update. Kalau nak masukkan semua, tak jalan pulak kerja production nanti hehe
Lagi Tempahan Cetak Baju Design Sendiri
Nak buat tempahan cetak baju design sendiri tak!
Salam Cop Baju buat semua.
Tinggal lagi beberapa hari kita bakal beralih ke tahun baru 2017. Dalam bulan cuti sekolah ni, banyak la tempahan untuk mencetak baju kelas dan baju family.
Tempahan Cetak Baju Pertama datang daripada Teluk Intan, Perak. Tema baju family trip. Berbekalkan baju berwarna Purple, dengan cetakan satu warna di depan dan di belakang, tempahan berjaya disiapkan sebelum dateline customer.
5 Langkah Tukar Imej Jadi Kesan Pensel
Assalam semua & Salam Cetak Baju,
Kali ni Admin nak kongsi tutorial mudah bagaimana menukar imej realistik menjadi imej dengan kesan pensel.
Peralatan yang diperlukan adalah perisian Photoshop dan juga kreativiti korang 🙂
LANGKAH 1
Mula-mula sekali, buka imej atau gambar yang ingin digunakan.
LANGKAH 2

Salam cetak baju & Assalamualaikum. Berjumpa lagi kita. Kali ini Admin nak kongsi job yang telah disiapkan dan sempat di snap.
Tempahan pertama ni datang nya dari Sarawak. Ha jauh kan, sebab kami kat Ipoh je.. Walau macam mana pun, tiada masalah kerana zaman sekarang ni ada pelbagai cara untuk kita berhubung dengan pantas dan mudah.
Dengan kemudahan aplikasi percuma seperti whatsapp, telegram, instagram dan fb, semua tempahan baju dapat diuruskan dari hujung jari sahaja.
Ok lah, berbalik kepada tempahan dari Sarawak ni, baju ni simple je design dia. Print satu warna size A3 kat depan baju. Ni baju team kalau tak salah Admin. So walaupun simple, namun tetap istimewa.
Sebabnya, design baju ni diorang je yang pakai.. ha kan special tu 🙂 Dan baju ni diorang yang design sendiri tau.. pihak Admin cuma adjust sikit-sikit je dan print.
Cetak Baju Online di CopBaju.com
Assalamualaikum & Salam Sejahtera,
Selamat datang diucapkan kepada semua. Ini merupakan nukilan pertama di blog Cop Baju ini. Alhamdulillah, web ini dapat dilancarkan dengan jayanya.
Kami berhasrat menjadi sebuah kedai cetak baju online yang tersohor & menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia suatu masa nanti hehe
Dalam proses menyiapkan web ini, memang ambil masa sikit sebab Admin perlu setup sendiri, jadi banyak trial & error berlaku, namun segalanya berjaya dihadapi.. sukses hehe
Ini merupakan pelaburan aset maya jangka panjang kami. Dengan adanya web Cop Baju ni, dapatlah kami menyampaikan informasi mengenai servis kami terus kepada korang semua.